![]() |
Si sesumpah merubah warnanya,
Ia akan terus merubah warnanya,
Mungkin kerana dia Si Kecut yang bersembunyi,
Dengan hanya merubah warna kulitnya,
Atau kerana naluri berjuang untuk kehidupannya.
Siapalah yang tahu.
Teruslah ia berubah,
Ah, janganlah berubah dari warna kelam,
Terus pula kepada warna gelap!
Diam, fikir dan ketawa.
Tempat itu tempat terang,
Cuma takut-takut lama nanti ternampak,
Tidak mengapa ternampak,
Asalkan sesumpah bersumpah berubah atas kebaikan.
Orang yang nampak,
Hanya pada warna.
"Syukur.."
-AEO-
