Terkadang, benar diri ini terasa seperti berada di awangan, tidak mampu melakukan apa-apa lagi. Penat. Hampir mengalah dek suatu pencarian yang tidak kunjung jumpa, dek suatu penantian yang entah sampai bila.
Terkadang itu juga, dalam melayari lumrah pencarian, terjumpa duri yang berbisa. Terkadang jumpa kaca yang disangka permata. Terkadang pula jumpa serigala bermuka manusia. Terduduk termenung kebingungan. Terjelepuk di hadapan alunan tenang sang air, mencari penyembuh segala luka, cuba menghilangkan segala racun, cuba mengubat semua gurisan. Ternyata, ternampak sebuah bayang-bayang terpancar dari alunan tenang sang air. "Bayang-bayang akukah itu?". Ternyata, diri ini tertanya, mungkinkah segala duri itu, segala kaca itu, segala serigala itu, juga ada cebisnya dalam diri ini? Diri ini buntu. Terkadang terpaku dek keliling gelap, tidak nampak mana yang bersih. Mana pula yang kotor.
Sesungguhnya, wahai diri ini, suatu pencarian itu adalah suatu kejutan, sebuah penanti itu penuh dengan kegembiraan. Anggaplah itu cabaran, cabaran yang manis yang mengajar apa itu HIDUP.
Kerana, jawapan kepada pencarian itu, ada pada Dia (Allah). Penantian itu, akan diisi pula dengan hikmah daripada-Nya. Sabarlah wahai diri, kerana pencarian itu suatu hikmah, penantian itu akan diterangi cahaya.
Semoga diri tiada gusar,
-AEO-

No comments:
Post a Comment