 |
| terima kasih :) |
ceritanya itu hari ini,
suatu perkara,
pertama kali terjadi pada diri,
terkejut, syukur.
inginku pahatkan khas.
tugas hari ini tertangguh,
dek jerebu,
aku meneruskan bagi menyelesaikan,
urusan-urusan lain di tempat lain,
tempat aku belajar sebelum ini.
aku si penunggang motosikal,
motor itu banyak bekhidmat,
semuanya ihsan Allah,
atas ihsan Allah juga perkara ini berlaku.
motorku itu meter minyak, hmm
kadang betul, kadang meragam,
agaknya sama seperti tuannya,
(senyum) kadang betul, kadang meragam.
tengah perjalanan,
motorku tiba-tiba semput,
lalu berhenti,
semasa enjin semput,
dalam fikiran ini,
"terpaksalah susahkan mama lagi"
selalu, dengan izin Allah, ibu sahaja penyelamat aku..
waktu-waktu cemas begitu (cemas bagiku).
Allah...
baru sahaja enjin terhenti,
terus-terus sampai bantuan,
tidak tersangka,
ketika itu tidak sempat aku turun lagi dari motor...
hadir seorang lelaki,
ya lelaki tidak aku kenali,
juga menunggang motor,
"minyak habis ye?"
"saya tak pasti, kena tengok sekejap.."
(buka tempat duduk lihat minyak, keringg)
"alamak, ya, minyak habis"
"ok, takpe, duduk atas motor, saya tolak"
dia menolak motorku,
entah macammana,
tahu-tahu motor bergerak,
aku fikir guna kaki seperti biasa aku lihat,
apabila terjadi pada orang lain,
sampai di stesen minyak,
tidak sempat langsung aku ucap terima kasih,
tidaksempat mengucapkan dengan lisan,
hanya sempat melambai,
orang itu terus berlalu pergi sambil senyum.
itulah senyuman paling manis..
terima kasih,
jarang aku menulis begini panjang,
tetapi, aku pahat ini khas buat kamu hamba Allah..
terima kasih, moga Allah sahaja membalasnya kemudian hari.
sehingga tadi, tidak terasa pun,
minyak habis itu suatu masalah,
kamu telah menolak masalah itu :)
"dunia ini ramai orang baik,
In Shaa Allah.."
-AEO-