Pages

Search This Blog

Sunday, 21 April 2013

Terlanjur Berlagak.

“Wahai orang yang beriman ! kenapa kamu kata apa yang kamu tidak lakukan?, besar kemurkaan Allah terhadap kamu, kerana kamu kata apa yang kamu tidak lakukan.”

(Surah As-Saf: Ayat 1)

They tried to remind many people about many aspects, but they fail to do exactly like what they have said.

Diri ini khuatir, adakah diri ini tergolong dalam golongan yang telah diberikan amaran itu? Sungguh, diri ini benar-benar tidak gemar dengan golongan insan yang telah digariskan itu. Namun, terfikir sejenak, terduduk sekejap, termenung. Sekali lagi persoalan sama singgah di benak minda. "Adakah aku juga tergolong?", "Adakah aku?".

Mungkin.

Kerana, sering, kesalahan orang mudah untuk tampak di mata kita. Kesalahan diri, dikejamkan mata, di telankan sahaja pahitnya. Kerana, itu pahit hempedu diri bukan, sudah lama bertapak di dalam perut insan. Sudah terasa "manis" akan "pahit" kejahilan diri sendiri. 

"Manusia yang benar-benar bagus, tidak akan sebegitu mudah menyatakan dirinya bagus. Manusia yang benar-benar baik, tidak akan sebegitu mudah mencanangkan kebaikan dirinya. Manusia yang benar-benar indah akhlak, tidak akan begitu mudah meneriak kebaikan akhlaknya. Manusia yang benar-benar berubah, tidak akan begitu mudah mambanggakan perubahan dirinya. Kerana iman manusia itu, tidak tetap kedudukannya, boleh berubah boleh juga bertambah."

Andai diri ini selalu menegur, tetapi lalai melaksanakan apa yang ditegur. Tegurlah diri ini. Tegurkan sahaja.

Yang Lemah,
-AEO-




Sunday, 14 April 2013

Suatu Pencarian, Sebuah Penantian.


"Suatu pencarian adalah sebuah penantian yang amat menyakitkan."

Terkadang, benar diri ini terasa seperti berada di awangan, tidak mampu melakukan apa-apa lagi. Penat. Hampir mengalah dek suatu pencarian yang tidak kunjung jumpa, dek suatu penantian yang entah sampai bila. 

Terkadang itu juga, dalam melayari lumrah pencarian, terjumpa duri yang berbisa. Terkadang jumpa kaca yang disangka permata. Terkadang pula jumpa serigala bermuka manusia. Terduduk termenung kebingungan. Terjelepuk di hadapan alunan tenang sang air, mencari penyembuh segala luka, cuba menghilangkan segala racun, cuba mengubat semua gurisan. Ternyata, ternampak sebuah bayang-bayang terpancar dari alunan tenang sang air. "Bayang-bayang akukah itu?". Ternyata, diri ini tertanya, mungkinkah segala duri itu, segala kaca itu, segala serigala itu, juga ada cebisnya dalam diri ini? Diri ini buntu. Terkadang terpaku dek keliling gelap, tidak nampak mana yang bersih. Mana pula yang kotor.

Sesungguhnya, wahai diri ini, suatu pencarian itu adalah suatu kejutan, sebuah penanti itu penuh dengan kegembiraan. Anggaplah itu cabaran, cabaran yang manis yang mengajar apa itu HIDUP.

Kerana, jawapan kepada pencarian itu, ada pada Dia (Allah). Penantian itu, akan diisi pula dengan hikmah daripada-Nya. Sabarlah wahai diri, kerana pencarian itu suatu hikmah, penantian itu akan diterangi cahaya.

Semoga diri tiada gusar,
-AEO-